Tuesday, June 1, 2010

teman vs rakan vs kawan vs SAHABAT

teman;
sekadar peneman bila kita ketakutan, waima ketika kita minta dia bersama kita untuk melakukan satu tindakan. ya, sekadar peneman sahaja.

rakan;
rakan sekerja, rakan sekelas etc..rakan? lingkupnya besar. jika hanya berjumpa diluar, kita hanya mampu berkata; 'ey!dia tu rakan saya'

kawan;
lingkungan yang ramai. letaknya sedikit special dari posisi rakan. mungkin serba sedikit kita tahu tentangnya.

sahabat;
indahnya jika kita punya sahabat yang mengenali erti sahabat sebenar. sahabat; bezanya sahabat dengan kawan. serba-serbi tentangnya kita tahu. segalanya kita faham. kesukaannya, kegemarannya waima kebenciannya. itu sahabat! bile kita merasakan dialah pelengkap kegembiraan kita dan dialah teman senyum kita saat kita perlukan kekuatan bila ditimpa kesusahan. SAHABAT! indahnya jika kita memahami prinsip itu.


tuhh lah die perbezaan antara rakan , kawan, teman dan juga SAHABAT...
hurmmm.., bile bercerita tentang PERSAHABATAN..,
aku menjadi seorang yang sgt sensetiv..,
ia.., aku sgt sensetiv bile bercerita tentang nya..
bagi aku.., sahabat adalah segalanya selepas keluarga..,
tp bagi sesetengah manusia.., sahabat itu tidak penting..
kerana bg mereka.., TEMAN LELAKI a.k.a PAKWE mereka
lebih penting dari sahabat mereka..
tak paham aku npe mereka boleh berpikiran begitu..,
tetapi ianya hak individu untuk tentukan mane yang terbaik dalam hidup mereka
mungkin bagi mereka, sahabat diperlukan ketika mereka bermasalah dengan pakwe mereka???
ntah lah susuh nak meghuraikan kesulitan ini...

tapi bagi aku.., SAHABAT adalah segalanya..
terima kasih kepada siapa2 yang diluar sana yang menjadi SAHABAT aku..
aku sangat menghargai kamoo semua...


note : so, korang rase korang seorang rakan, teman, kawan @ SAHABAT???



No comments:

Post a Comment