Sunday, January 13, 2013

2012 lembaran yang harus dilipat kemas

12 januari  2013..


2012 berlalu dengan peristiwa dan kenangan yang terpahat di ingatan. Ia nya seperti baru berlaku semalam. Suka, duka, tangis dan gembira samada bersama atau berseorangan masih lagi bermain di minda. Tapi ia nya telah menjadi satu kenangan, kenangan yang harus di lupakan atau terpahat,? Terpulang  pada diri sendiri kerana  2013 sudah menjelma., perjalanan serta lembaran baru harus diteruskan..

Azam sering dikaitkan dengan tahun baru. Terlalu sinonim seperti tidak boleh dipisahkan. Tapi ia mungkin bagi sesetengah pihak, kerana bagi aku, bila tiba tahun baru aku seperti tahun-tahun yang sebelum nyer, tiada azam yang harus dilaksanakan. aku hanya berharap dan berdoa agar kehidupan yang aku jalani akan lebih dipermudahkan oleh yang Maha Esa..





"hidup adalah satu perjalanan, dihadapan masih jauh dan luas, rintangan dan ujian sentiasa menanti, namun kita harus sabar dan tabah menghadapinya . jadikan doa sebagai ubat dan redhalah dengan KetentuanNya.."



No comments:

Post a Comment